Pelantikan Haziq isi keperluan untuk wakil Sarawak dan Sabah

Bernama
Jun 17, 2019 13:45 MYT
Haziq yang berasal dari Sarawak juga merupakan Ketua AMK Santubong. - Gambar fail
Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pelantikan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) beliau dibuat setelah mengambil kira keperluan kementerian itu untuk wakil Sarawak dan Sabah.
Menurut Shamsul Iskandar, Haziq Abdullah memohon untuk bekerja di kementerian tersebut setelah SUSK pertama beliau meletakkan jawatan.
"Saya juga ada menerima beberapa permohonan lain untuk jawatan berkenaan.
"Setelah ditemuduga dan mengambil kira kelayakan akademik, pengalaman pentadbiran dan keperluan Kementerian Industri Utama untuk wakil daripada Sarawak dan Sabah, Haziq secara strategiknya merupakan calon yang sesuai untuk jawatan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi menjelaskan isu pelantikan Haziq.
Haziq yang berasal dari Sarawak juga merupakan Ketua AMK Santubong.
BACA: Video Intim: Tiada sekatan dikenakan terhadap Haziq
BACA: Haziq di HKL, dijangka bebas dengan jaminan polis
Shamsul Iskandar pada Khamis lepas (13 Jun) memaklumkan Haziq, individu yang mengaku terlibat dalam video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, digantung tugas sebagai SUSK beliau.
Haziq juga pernah membantunya dalam hal-hal yang berkaitan penyelidikan Parlimen, katanya.
-- BERNAMA
#calon #gantung tugas #Haziq Abdullah Abdul Aziz #Haziq Aziz #kelayakan akademik #Ketua AMK #Santubong #Sarawak #setiausaha sulit kanan #Shamsul Iskandar Mohd Akin #SUSK #temuduga #video intim #video seks #wakil Sarawak dan Sabah