KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu diharap akan membawa perubahan yang lebih baik dalam tadbir urus dan amalan industri pertanian negara, terutamanya berkaitan dengan kemampanan industri kelapa sawit.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata beliau melihat Johari sebagai individu berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya terhadap urusan-urusan pentadbiran negara.
"Beberapa cabaran yang mungkin dihadapi oleh beliau termasuk isu-isu seperti Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kekurangan tenaga buruh, peningkatan kos, hasil pekebun kecil yang rendah, dan masalah penanaman semula yang lambat," katanya kepada Bernama.
Ahmad Parveez berkata isu pekebun kecil perlu ditangani oleh menteri baharu kerana kelompok tersebut bergerak secara individu dengan kapasiti yang terhad.
"Dengan pengalaman Datuk Seri Johari dalam sektor korporat, beliau mungkin dapat membantu kita memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan pekebun kecil supaya mereka dapat mencapai tahap ekonomi yang lebih optimum," katanya.
Beliau juga berkata industri sawit sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan ketidakcukupan pekerja tempatan.
"Oleh itu, kita berharap beliau dapat membantu kita dalam usaha mengguna pakai teknologi seperti Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) yang memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
"MARCOP ini sesuai untuk menarik lebih ramai generasi muda kita menyertai industri ini," katanya.
Ahmad Parveez juga berharap agar menteri baharu akan sentiasa mengadakan sesi dialog dan penglibatan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri sawit.
"Kita berharap beliau dapat meneruskan budaya ini. Dengan melibatkan pemain industri, kita dapat duduk bersama dalam proses libat urus bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh industri kelapa sawit negara.
"Libat urus ini dengan semua pemegang taruh akan memperkukuhkan dan memudahkan penyelesaian isu-isu dalam industri," katanya.
Sehubungan itu beliau berkata MPOB dan industri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Johari dan akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam memajukan industri tersebut.
Ahmad Parveez juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga mantan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof yang selama ini banyak mencurahkan jasa dan bakti dalam memartabatkan industri sawit Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Carl Bek-Nielsen berkata beliau optimis dengan pelantikan menteri baharu berkenaan.
"Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh dan terkenal dengan ketelitian, pertimbangan yang tajam dan kebolehan membuat keputusan. Kami berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan beliau," katanya.
Bek-Nielsen juga berkata perlunya melihat kepada gambaran yang lebih besar mengenai tugas menteri baharu untuk meningkatkan semula trend hasil komoditi negara yang menurun.
"Ini penting untuk memastikan kemampanan ekonomi jangka panjang industri kita.
"Pada masa yang sama, kita mesti terus menumpukan usaha untuk memastikan saluran perdagangan kekal terbuka dan menyampaikan mesej penting kepada dunia bahawa minyak Sawit Malaysia berada di puncak kualiti dan kemampanan, menetapkan standard yang paling tinggi," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Johari dilihat berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran negara. - Gambar fail
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.