Pelantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga anggota lain jawatankuasa berkenaan ke dalam kabinet baharu yang diumum pada 28 Julai lepas tidak mempunyai agenda tersembunyi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mereka dilantik kerana mereka layak.
"Pertimbangan yang dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) jika seseorang itu di manapun kedudukannya, sama ada di PAC atau lain-lain badan termasuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan), jika layak untuk diletakkan di dalam barisan kabinet atau anggota pentadbiran maka jangan dilihat bahawa ia ada agenda tersembunyi untuk menafikan hak dan kelayakan mereka untuk diberi tempat yang ada sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Katanya, penganalisis politik menganggap langkah ini bukan sebagai kebetulan tetapi kononnya perancangan yang rapi untuk mengeluarkan keempat-empat anggota PAC terbabit daripada jawatankuasa berkenaan berikutan peranan mereka menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Zahid berkata anggapan itu timbul memandangkan PAC belum dapat bersidang susulan rombakan kabinet baru-baru ini.
Nur Jazlan dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar; Datuk Mas Ermieyanti Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam rombakan kabinet baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata institusi PAC harus dihormati oleh anggotanya dari semua parti politik.
"Saya bersetuju dengan pendirian Speaker Dewan Rakyat yang mengatakan PAC tidak boleh bersidang tanpa pengerusi. Oleh yang demikian, tunggu keputusan oleh pihak speaker supaya seorang anggota parlimen dilantik sebagai Pengerusi PAC dan tiga tempat bagi ahli-ahli PAC yang tidak lagi berada sebagai anggota PAC untuk dipilih bagi menggantikan jawatankuasa PAC yang sedia ada.
Saya fikir kita tidak perlu terburu-buru untuk mengadakan mesyuarat seolah-olah ada agenda tersembunyi yang dibuat oleh mereka yang mendesak speaker untuk PAC melakukan tindakan segera," katanya.
Beliau berkata semua pihak perlu memberi keyakinan kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membolehkannya berunding dengan ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi menentukan siapa pengerusi PAC dan anggotanya yang baharu.
"Ini kerana kita tidak mahu mempengaruhi sebarang siasatan dan juga keputusan yang dibuat oleh PAC.
"Saya fikir keterbukaan PAC harus dipertahankan supaya persepsi negatif terhadap apa yang dilakukan oleh PAC dapat diberikan peluang untuk terus diberikan dokongan oleh ahli-ahli parti politik dan rakyat majoriti secara keseluruhannya," katanya.
Bernama
Sun Aug 02 2015
Pelantikan pengerusi and ahli PAC tiada agenda tersembunyi, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.