awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/12/2023
12:00 MYT
Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
KUALA LUMPUR: Seramai tujuh juta atau 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
Menurut kenyataan itu lagi, surcaj yang dikenakan kepada semua pengguna bukan domestik adalah kekal sama.
Tambah kenyataan itu lagi, berdasarkan penyasaran semula subsidi itu, kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 bilion subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat.
Subsidi itu juga adalah bagi meminimumkan impak surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) sepanjang tempoh pelaksanaan itu.
Berdasarkan kenyataan suruhanjaya itu, pengguna domestik dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kilowatt per jam (kWj) dan ke bawah kekal menerima rebat dua sen.
Manakala, pengguna dengan unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj sehingga 1,500 kWj tidak dikenakan surcaj manakala yang melebihinya, surcaj kekal pada kadar 10 sen setiap kWj.
Bagi pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial, perindustrian voltan rendah, pertanian spesifik, operator air dan pembetungan pula, surcaj kekal pada kadar 3.70 sen setiap kWj.
Pengguna bukan domestik selain daripada yang disenaraikan pula kekal dikenakan surcaj pada kadar 17 sen untuk setiap kWj.
Berikut perinciannya:
(a) Pengguna domestik (tarif A): i. dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kWj dan ke bawah (≤600 kWj) kekal menerima rebat 2 sen/kWj ii. dengan unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj hingga 1,500 kWj (>600 kWj - ≤1,500 kWj) tidak dikenakan surcaj iii. dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj), surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj
(b) Pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif B dan D), pengguna dalam kategori tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) dan operator air dan pembetungan, surcaj kekal pada kadar 3.70 sen/kWj
(c) pengguna bukan domestik selain di perenggan (b) di atas, surcaj kekal pada kadar 17 sen/kWj.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tenaga
#pelarasan subsidi
#tarif elektrik
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan