Seramai 37 pendatang Rohingya yang mana kesemuanya lelaki dewasa ditemui mendarat di pesisir pantai Sungai Bahru di Kampung Sungai Belati, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Ini pendaratan kedua yang jaraknya cuma 740 meter dari pendaratan etnik sama sebulan lalu.
Kumpulan pelarian itu meredah lumpur sejauh kira-kira 1 kilometer sebelum diselamatkan penduduk kampung yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.
Menurut saksi, kesemua pendatang Rohingya itu ditemui dalam lokasi berselerakan dipercayai akibat ketakutan.
Kesemua mereka diserahkan kepada Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) untuk tindakan selanjutnya.
Pada 1 Mac lalu, 35 pendatang Rohingya wanita termasuk sembilan kanak-kanak ditemukan mendarat di kawasan pesisir pantai Kampung Sungai Belati oleh pemancing tempatan pada awal pagi.
Salim Aziz
Mon Apr 08 2019
Kumpulan pelarian itu meredah lumpur sejauh kira-kira 1 kilometer sebelum diselamatkan penduduk kampung. -Astro AWANI
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PKPB: AKSEM Kelantan siap sedia hadapi kemasukan PATI
Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku kemasukan pendatang tanpa izin terutama rakyat negara jiran yang kembali ke negara ini untuk bekerja.