awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelawak lelaki terkenal belasah pengawal keselamatan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/04/2019
12:37 MYT
Pelawak lelaki terkenal belasah pengawal keselamatan
Imej dari video tular yang dirakamkan oleh saksi kejadian.
Seorang pelawak terkenal berusia 49 tahun bertindak di luar kawalan apabila menumbuk, menendang dan membaling batu kepada seorang pegawai keselamatan dalam insiden pergaduhan di Taman Acacia, Nilai, malam Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, pengawal keselamatan itu, Yahya Manap, 70, mengalami kecederaan di di bahagian muka dan badan akibat dibelasah pelawak berkenaan.
“Pada pukul 8 malam, pelawak itu memandu Proton Perdana masuk ke kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengejar seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
“Pengawal keselamatan kemudian menutup palang pos keselamatan dan mengejar kenderaan pelawak itu. Lelaki itu kemudiannya ingin keluar tetapi terhalang kerana palang tertutup.
“Berlaku pertengkaran antara pelawak itu dan pengawal keselamatan terbabit sehinggakan pelawak itu menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang dan membaling batu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Susulan kejadian itu, beberapa keping gambar dan video yang dirakam saksi kejadian tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mohd Nor Marzukee berkata penduduk cuba menenangkan pelawak berkenaan namun dia mengugut pengawal keselamatan itu sebelum beredar.
“Mangsa membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#nilai
#PDRM
#pelawak
#pelawak pukul pengawal keselamatan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan