awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2024
02:50 MYT
Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas
Seorang pelayan kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan seekor lembu di Jalan Pantai Sepat, Kuantan pada Khamis. - Foto Polis Trafik Kuantan
KUANTAN: Seorang pelayan kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan seekor lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan di hadapan sebuah resort di Jalan Pantai Sepat di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mohamad Daniel Asraf Abdul Zahir, 20, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Tanjung Lumpur menghala Cherok Paloh.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba seekor lembu melintas jalan dan menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan.
"Mangsa seterusnya melanggar lembu tersebut dan akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian, permukaan jalan rata dan kering serta gelap.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar lembu
#penunggang motosikal maut
#Kuantan
#lembu lintas jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan