awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai laman Facebook boikot Plaza Low Yat diwujudkan

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2015
06:20 MYT
Pelbagai laman Facebook boikot Plaza Low Yat diwujudkan
Beberapa buah akaun Facebook diwujudkan bagi memboikot Plaza Low Yat berikutan tercetusnya pergaduhan pada pertengahan Julai lalu.
Beberapa buah akaun Facebook diwujudkan bagi memboikot Plaza Low Yat berikutan tercetusnya pergaduhan di pusat beli-belah yang terletak di Bukit Bintang itu pada pertengahan Julai lalu.
Akaun seperti "Boikot Plaza Low Yat" dan "Boikot Plaza Low Yat KL" kedua-duanya diwujudkan pada 12 Julai susulan insiden yang berlaku sehari sebelumnya.
Sehingga kini lebih 40,000 pengguna Facebook menyukai laman "Boikot Plaza Low Yat" sahaja.
Laman-laman ini mensasarkan kaum Melayu supaya memboikot pusat beli-belah yang mengkhusus menjual barangan elektronik dan teknologi maklumat itu.
Pelbagai posting yang memuatkan gambar, rakaman video dan status perkongsian yang memperkatakan mengenai insiden yang berlaku di Plaza Low Yat dikongsi oleh pengendali laman-laman tersebut.
Variasi hashtag seperti #boikotlowyat dan #boikotcinapenipu turut digunakan dalam hampir setiap posting.
Laman "Boikot Plaza Low Yat KL" dikendalikan oleh individu yang dikenali sebagai 'Jai KL Gangster'.
Boikot Plaza Low Yat
Boikot Plaza Low Yat
Boikot Plaza Low Yat 2
Boikot Plaza Low Yat 2
Bagaimanapun, tidak semua pihak menyokong hala tuju laman-laman seperti ini. Sebahagian netizen meluahkan pendapat mereka menerusi muat naik di laman Twitter.
Nope, don't involve me in your asinine "BoikotLowYat" campaign. Bought many things there before, never once got scammed.
— Muhammad Noh (@madnoh) July 23, 2015
Kalau kau takde bajet banyak nk beli gadget, and kau tau ada kedai yang bagus dekat lowyat tu dengan harga murah, kena boikot jugak ke?
— Azrul Azwar (@azrulazwarsam) July 23, 2015
@azrulazwarsam sebab tu aku kata, orang bodoh je boikot. aku takde prob dengan chinese so takde masalah pun nak pegi lowyat
— - Naufal (@asuramaru) July 23, 2015
Nak beli kat lowyat boleh tapi kena pandai lah pilih mana satu ori/klon. Takpayah la boikot. Nanti jdi mcm mcd juga https://t.co/DW9hONCeru
— yusuf (@ikwnnn) July 22, 2015
All this boycott Lowyat nonsense only started because a few racist troublemakers incited some shit about all Cina sellers being crooks.
— Giovanni (@giovannipls) July 21, 2015
Penangkapan dua suspek yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada 11 Julai lalu menjurus kepada rusuhan diluar pusat ICT itu pada keesokkan harinya.
Salah seorang daripada suspek dibebaskan oleh pihak berkuasa dan dipercayai kembali semula ke plaza sambil ditemai rakan-rakannya. Mereka didakwa menyerang sebuah kedai di mana pekerjanya telah membantu penanangkapan suspek sebelum itu.
Mengikut laporan media, sekurang-kurangnya 200 orang ramai berkumpul di luar Plaza Low Yat pada 12 Julai sehingga menyebabkan lima orang cedera termasuklah petugas media.
Berikutan kekecohan itu, polis menahan beberapa individu termasuk blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang turut dikenali sebagai Papa Gomo, Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk Shaikh Hussein dan aktivis pro-UMNO Mohd Ali Baharom, juga dikenali sebagai Ali Tinju.
Topic Berkaitan
#Ali Tinju
#Bukit Bintang
#gaduh
#LENOVO
#Low Yat
#Oppa
#Papagomo
#rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan