TAIPEI: Pemimpin dunia dan pegawai dari beberapa kerajaan menyatakan solidariti dan menawarkan bantuan kepada Taiwan selepas gempa bumi kuat dengan magnitud 7.2 melanda pantai timur negara itu pada pagi Rabu.
Dalam catatan di X (Twitter), Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa gempa bumi dan menyatakan harapan agar semua sahabat mereka di Taiwan selamat, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Kishida turut mengenang kembali bantuan yang dihulurkan Taiwan kepada Jepun selepas gempa bumi dan tsunami Tohoku melanda negara itu pada 2011 selain gempa bumi kuat yang menggegarkan Semenanjung Noto pada awal tahun ini.
"Sekarang, negara jiran kami menghadapi keadaan sukar dan Jepun bersedia memberikan bantuan yang diperlukan kepada Taiwan," kata Kishida.
Pengerusi American Institute in Taiwan (AIT) Laura Rosenberger semasa berucap pada mesyuarat di Taipei dengan Speaker Perundangan Han Kuo-yu menyatakan harapannya untuk keselamatan semua orang dan mendapat perkembangan positif kerana perkhidmatan kecemasan Taiwan terus membantu orang ramai dan menilai kerosakan di Hualien dan tempat lain.
"Sebagai sahabat rapat Taiwan, ingatan kami sentiasa bersama rakyat Taiwan pada masa-masa seperti ini," kata Rosenberger.
Sementara itu, Pejabat Hal Ehwal Taiwan China dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada "rakan senegara Taiwan" berikutan gempa bumi itu.
Pejabat itu berkata ia akan terus mengikuti perkembangan di Taiwan dan bersedia memberikan bantuan yang diperlukan.
Beberapa rakan diplomatik Taiwan turut menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
Dalam catatan di X, Presiden Guatemala Bernardo Arevalo berkata beliau mahu menyatakan keakraban kedua-dua negara kepada rakyat Republik China (Taiwan) berikutan gempa bumi itu dan mengucapkan takziah kepada setiap keluarga yang terjejas dan kerajaan.
"Semua bersolidariti dan sokongan kami kepada kerajaan dan rakyat Republik China (Taiwan) dalam masa sukar ini. Hari ini lebih daripada sebelumnya kami meratifikasi sokongan kami," catat Presiden Paraguay Santiago Pena.
Di Kanada, Ketua Menteri British Columbia David Eby dalam catatan di media sosial berkata ingatannya adalah bersama rakyat Taiwan dan setiap individu yang mempunyai rakan dan keluarga di sana.
"Saya tahu semua penduduk British Columbia bersama komuniti Taiwan dalam masa yang sukar ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu. - Reuters
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.
Dua warga Singapura hilang selepas gempa bumi di Taiwan - Laporan
Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.