PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul pada 8 Mei lepas, Syed Saddiq berkata beliau ke Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan seorang rakan karibnya pada 18 Mei ini.
Selain itu, Syed Saddiq berkata beliau telah dijemput sebagai antara wakil negara ini oleh Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia untuk melawat Taiwan dari 10 hingga 15 Jun tahun ini.
Menurut afidavit itu, Syed Saddiq berhasrat menerima jemputan George Yeo Yong-Boon, yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, kerana rakan karibnya itu sering memberi nasihat dan panduan kepada beliau bagaimana menjadi ahli politik yang berintegriti.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan 15 Mei ini sebagai tarikh pendengaran bagi permohonan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.
Pada 9 Nov tahun lepas, Syed Saddiq dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta serta dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, menyeleweng dana dan pengubahan wang haram.
Beliau telah memfailkan rayuan pada hari yang sama.
Syed Saddiq, 31, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadapnya sementara menunggu rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan. - Gambar fail/BERNAMA
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.
Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala
Cadangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.
Meskipun kesakitan, Syed Saddiq berjaya tamatkan kejohanan Ironman Malaysia
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan penyertaan sulungnya di kejohanan itu dalam tempoh lebih 13 jam.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Kes saman fitnah selesai, Syed Saddiq mohon maaf kepada Habibul Rahman
Kes saman fitnah oleh Habibul Rahman Kadir Shah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai apabila Ahli Parlimen Muar itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.