awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai pihak tampil sumbang makanan untuk anjing pengesan K9

Bernama
Bernama
22/12/2022
08:04 MYT
Pelbagai pihak tampil sumbang makanan untuk anjing pengesan K9
Daripada 16 beg makanan yang diterima, lapan daripadanya disumbangkan oleh orang awam, enam beg oleh Jabatan Veterinar Negeri Pahang dan dua lagi disumbangkan oleh Hills Pet Corner Sdn Bhd. - Bernama
BATANG KALI: Ketangkasan anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini sehingga ada yang terpaksa direhatkan kerana kelesuan mengundang simpati banyak pihak.
Hari ini beberapa pihak tampil menyumbang 16 beg makanan sebagai tanda sokongan dan menghargai kelibat wira tak didendang itu dalam mengharungi cabaran lumpur tebal, lecak atau hujan sepanjang SAR berlangsung.
Daripada 16 beg makanan yang diterima, lapan daripadanya disumbangkan oleh orang awam, enam beg oleh Jabatan Veterinar Negeri Pahang dan dua lagi disumbangkan oleh Hills Pet Corner Sdn Bhd.
Selain itu, pasukan Veterinar Cheras juga telah hadir di lokasi kejadian bagi memberi rawatan kecemasan kepada anjing-anjing pengesan jika memerlukan.
Terdapat 11 ekor anjing pengesan terlibat dalam operasi SAR dengan enam daripadanya milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, empat milik Polis Diraja Malaysia dan seekor daripada Angkatan Tentera Malaysia.
Bermuka bengis, bersifat garang dan mempunyai deria bau yang tajam, kehadiran anjing pengesan ini telah banyak membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dan antara kejayaan terbesar ialah menemukan enam mayat pada hari pertama SAR.
Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batang kali
#unit pengesan K9
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan