awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/11/2024
04:45 MYT
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Tegas Fahmi, kebebasan bersuara tidak bermakna kandungan melanggar undang-undang boleh disebarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira peruntukan perundangan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam proses memuktamadkan draf Kod Tatalaku untuk penerbitan sebelum tarikh kuat kuasa kerangka pelesenan media sosial pada 1 Januari 2025.

Ringkasan AI
  • Kod Tatalaku dan Pelesenan Media Sosial: MCMC sedang memuktamadkan draf Kod Tatalaku untuk penerbitan sebelum pelaksanaan kerangka pelesenan media sosial pada 1 Januari 2025. Kod ini akan menggariskan amalan terbaik untuk penyedia perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta 588.
  • Keseimbangan Kebebasan dan Tanggungjawab: Pelesenan ini tidak bermaksud kerajaan akan menapis internet, tetapi memastikan kandungan yang melanggar undang-undang tidak disebarkan. Pengguna akan terus menikmati pengalaman digital yang selamat, dengan kebebasan bersuara yang diiktiraf di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, disertai dengan tanggungjawab.
  • Rundingan Awam dan Maklum Balas: MCMC telah menyelesaikan proses Rundingan Awam untuk mendapatkan input dan maklum balas mengenai draf Kod Tatalaku daripada semua pihak yang berkepentingan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Matlamat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) akan menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta 588.
Menurutnya, pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
Begitupun, tegas beliau, ia tidak bermakna kandungan melanggar undang-undang boleh disebarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira peruntukan perundangan.
Namun, Fahmi menambah, pelesenan itu tidak akan menjejaskan pengguna kerana hanya penyedia perkhidmatan diwajibkan mendapatkan lesen berkaitan.
“Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman digital yang lebih selamat. Kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf, yang telah termaktub di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.
“Namun ia perlu disertai dengan tanggungjawab. Kebebasan yang tiada sempadan adalah kebebasan yang mengundang malapetaka.
“Oleh itu, tindakan ini adalah untuk memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara, keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.
Tambah beliau, MCMC juga telah selesai melaksanakan proses Rundingan Awam draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan yang bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada semua pihak.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis, menjawab soalan dibangkitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN - Tasek Gelugor).
Wan Saiful meminta Fahmi menyatakan hala tuju kementerian dalam aspek kawal selia platform media sosial dan bagaimana kementerian mahu mengimbanginya dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#kebebasan bersuara
#MCMC
#Dewan Rakyat
#pelesenan media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan