MALAYSIA
Peletakan jawatan: Kementerian Ekonomi tidak dibubar - PM

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengulangi kenyataannya untuk memberi ruang kepada Rafizi dan Nik Nazmi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Kementerian Ekonomi tidak akan dibubarkan atau diletakkan semula sebagai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim tegaskan Kementerian Ekonomi kekal wujud, tidak akan dibubarkan atau dikembalikan ke bawah EPU meskipun berlaku kekosongan jawatan menteri.
- Perdana Menteri memberi ruang kepada Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Ahmad untuk mempertimbang semula keputusan mereka, sambil menegaskan jasa mereka masih dihargai.
- Rancangan Malaysia Ke-13 sedang dikemas kini selaras perubahan ekonomi global, termasuk kesan kenaikan tarif import oleh Presiden AS, Donald Trump.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengulangi kenyataannya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Ahmad untuk menarik balik keputusan mereka.
“Saya selalu tunggu bagi peluang, fikir, renung dan saya bagi pandangan kalau boleh teruskan khidmat.
“Buat apa nak suruh terima kawan (kedua-dua menteri) tu masih cuti, tarikh belum sampai orang berkhidmat dengan baik,” katanya lagi.
Mengenai Rancangan Malaysia ke-13 pula, Anwar berkata kementerian sedang melaksanakan perubahan melibatkan angka dan unjuran susulan keadaan ekonomi dan kenaikan tarif import yang telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada April.
“RMK adalah kerja jemaah menteri keseluruhannya dan perubahan banyak berlaku terutama senario ekonomi sekarang dengan tarif jadi banyak angka unjuran diubah, minggu lalu ada mesyuarat untuk mendegar dari kementerian apa perubahan penyesuaian dan dasar baru kementerian,” katanya lagi.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan kekosongan jawatan Menteri Ekonomi tidak semestinya memerlukan rombakan besar Kabinet, sebaliknya tanggungjawab kementerian itu boleh disusun semula di bawah JPM.
Menurut penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Perdana Menteri boleh mempertimbangkan untuk tidak menggantikan kekosongan tersebut, tetapi meletakkan portfolio ekonomi di bawah pengawasan menteri sedia ada.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami