awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelik Abdul Hamid serang Hamzah di akhir perkhidmatan - Bersatu Kepong

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2021
06:50 MYT
Pelik Abdul Hamid serang Hamzah di akhir perkhidmatan - Bersatu Kepong
Norizan mempersoalkan mengapa Abdul Hamid hanya mendiamkan diri tentang dakwaannya sejak hari pertama Hamzah dilantik menjadi menteri sebelum ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Serangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas dakwaan campur tangan dalam pasukan polis di saat-saat akhir perkhidmatannya adalah pelik dan tidak wajar sama sekali.
Ketua Bersatu Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali turut mempersoalkan mengapa Abdul Hamid hanya mendiamkan diri tentang dakwaannya sejak hari pertama Hamzah dilantik menjadi menteri sebelum ini.
"Mengapa hanya setelah nama penggantinya diumumkan, baru beliau mahu bersuara?
"Adakah jika khidmat Abdul Hamid disambung lagi sebagai Ketua Polis Negara, beliau tetap akan bersuara dengan nada yang sama atau tiba-tiba memuji Hamzah?
"Dalam hal ini, Hamid sepatutnya memahami bidang tugas Hamzah selaku Menteri Dalam Negeri yang dalam waktu yang sama adalah Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis atau SPP," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM
BACA: SUARAM gesa Hamid Bador diberi lebih masa 'bersihkan' PDRM
Sebelum ini, Abdul Hamid berkata, orang politik cenderung untuk menggunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi kepentingan politik dan perkara itu perlu dihentikan.
Dalam pada itu kata Norizan, kedua-dua mereka mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam pasukan polis serta dalam sistem kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
"Adalah tidak wajar Abdul Hamid menyerang Hamzah tanpa mengambil kira peranan dan kedudukannya yang sama-sama penting ibarat aur dengan tebing dengan Ketua Polis Negeri dalam pasukan polis," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#PDRM
#politik
#serangan
#KDN
#SPP
#KPN
#PRU15
#Hamzah Zainuddin
#hamzah
#Menteri Dalam Negeri
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan