Untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) melancarkan satu peraduan yang menawarkan tiket penerbangan.

"KB1M dengan kerjasama tajaan daripada MyCentrio Holidays Sdn Bhd memulakan kempen promosi khas yang pertama kali dianjurkan industri buku Malaysia, iaitu menawarkan hadiah dua tiket penerbangan kepada 10 pemenang untuk melancong ke mana-mana antara 10 bandar utama dunia,” kata KB1M dalam satu kenyataan.

Lokasi yang ditawarkan ialah Seoul (Korea), Mali (Maldives), Bali (Indonesia), Beijing (China), Sydney (Australia), Siem Reap (Kemboja), New Delhi (India), Tokyo (Jepun), Auckland (New Zealand) dan Bangkok (Thailand).

Kempen bermula pada 15 Mac dan akan berlangsung sehingga 30 Jun


"Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM50 di mana-mana lima cawangan KB1M, atau secara atas talian (online) di kb1monline.com.my.

"Seterusnya, kunjungi laman Facebook 'Kedai Buku 1Malaysia - Laman Rasmi', Like laman tersebut, dan lengkapkan butiran peribadi beserta nombor resit pembelian pada borang yang disertakan,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan di laman Facebook yang sama.

Kempen bermula pada 15 Mac dan akan berlangsung sehingga 30 Jun.

Tiket penerbangan ditaja oleh MyCentrio Holidays dan tarikh melancong masih belum ditetapkan.

Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) ialah jaringan kedai buku lima cawangan (Wangsa Maju, UTC Perak, Kuantan, UTC Alor Setar, dan Gong Badak) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 demi membantu menyedia serta menawarkan bahan bacaan berkualiti pada harga mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Semua produk dijual pada harga minimum 10 peratus lebih rendah berbanding pasaran, dan tambahan lima peratus kepada ahli.