KUALA LUMPUR: Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Nur Dhabitah gagal melangkah ke pentas final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata secara keseluruhan.
Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.
Hanya 18 penerjun terbaik akan beraksi pada saingan separuh akhir diikuti 12 terbaik di final pada hari sama esok.
Mengiringi kegagalan tersebut, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-36 dengan mengumpul 216.00 mata secara keseluruhan.
Selasa lepas, Nur Dhabitah dan gandingannya Datuk Pandelela Rinong terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik 2024 apabila hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama di kedudukan ke-12.
Beliau yang kemudian bergandingan dengan Wendy turut terlepas slot ke temasya paling berprestij di dunia itu apabila hanya menduduki tempat kesembilan dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/Stadium Astro
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak, makan ayam penyet
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim dan doktor membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
ICJ tolak permohonan Israel tangguh prosiding bicara
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permohonan Israel untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang akan berlangsung pada Khamis.
Pusat perubatan Mekah tunggu untuk beroperasi
Untuk tiga tahun berturut-turut, susulan pencapaian cemerlang dalam menyediakan rawatan kesihatan kepada kumpulan jemaah haji sebelum ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat kebenaran untuk membuka Pusat Rawatan Madinah. Manakala Pusat Rawatan Mekah pula masih menunggu keputusan sama daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
[TERKINI] DBKL diarah ambil tindakan segera elak pokok tumbang
DBKL diarah ambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
PM Anwar tiba di Kazakhstan, kukuhkan hubungan antara negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazakhstan hari ini untuk lawatan rasmi sulungnya selama dua hari, bagi mengukuhkan lagi hubungan terjalin antara kedua-dua negara.
AWANI Borneo [16/05/2024] - Ekonomi hijau | Naik 900 peratus | Kebajikan penjawat awam
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan.
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
Perkara akan jadi berbeza jika Christian Brooker masih ada - Dhabitah
Nur Dhabitah terkilan di atas perkara luar kawalan kem terjun negara yang menyumbang kepada prestasi merudum termasuk kehilangan jurulatih dari Australia, Christian Brooker.
Peluang Nur Dhabitah ke Sukan Olimpik 2024 berakhir
Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Universiade: Kimberly-Ker Ying sumbang perak buat skuad terjun
Kimberly-Ker Ying melengkapkan lima terjunan dengan mengutip 257.82 mata keseluruhan dalam aksi 3m papan anjal seirama.
Sukan SEA: Yiat Qing buat kejutan hadiahkan emas dalam penampilan sulung
Yiat Qing yang kerap beraksi dalam acara 3m papan anjal, bangkit memberi 'percikan' emas kepada kem terjun negara selepas memenangi acara platform wanita itu di Pusat Akuatik Morodok Techno.
Suzaini nekad terjun, bantu mangsa terbabas ke dalam tasik
Ketika kejadian dia sedang memandu di sekitar tasik itu sebelum ternampak sebuah kereta di hadapannya terbabas dan terus terjunam.
Acara digugur, Perak mungkin hilang potensi menangi dua pingat emas
Kontinjen Perak menyasarkan 50 pingat emas pada temasya berkenaan, berpotensi meraih emas dalam acara olahraga.
Bomba berjaya pujuk warga emas cuba terjun jambatan
Anggota bomba yang tiba akhirnya berjaya memujuk lelaki itu supaya tidak meneruskan niatnya.
Op Kutip: Kontraktor warga Indonesia nekad terjun dari tingkat 4 rumah kedai
Lelaki terbabit dipercayai cedera di kaki kanan akibat terjunannya yang tersangkut di bumbung zink di tingkat dua.
Panggilan 911 dedah pembantu juruterbang mungkin terjun pesawat
Charles Hew Crooks itu melompat dari sebuah pesawat ringan tanpa memakai peralatan payung terjun.
Sukan Komanwel: Tze Liang mahu cipta magis pada penampilan terakhir
Dia telah melakukan latihan dua kali ganda lebih hebat bagi memastikan dirinya berada pada tahap prestasi terbaik.