awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba berjaya pujuk warga emas cuba terjun jambatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/08/2022
00:45 MYT
Bomba berjaya pujuk warga emas cuba terjun jambatan
Anggota bomba berjaya pujuk seorang warga emas yang cuba untuk terjun ke Sungai Perak. - Foto JBPM
TELUK INTAN: Anggota bomba berjaya memujuk seorang warga emas daripada terjun ke dalam Sungai Perak di Jambatan Batu 5, dekat sini, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.20 pagi.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan segera dikejarkan ke lokasi, sebaik menerima panggilan.
“Setibanya di lokasi, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 70-an dipercayai cuba terjun dari Jambatan Batu 5,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba yang tiba akhirnya berjaya memujuk lelaki itu supaya tidak meneruskan niatnya.
Warga emas itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Wan Zakry Wan Mat tamat jam 12.50 pagi.

*Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi. Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma.
Topic Berkaitan
#terjun
#warga emas
#bomba
#sungai perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan