KUANTAN: Pengumuman pelupusan sebahagian hutang peneroka oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memberi kelegaan kepada peneroka dalam situasi harga buah sawit tidak menentu sekarang.
Peneroka Felda Sungai Panching di sini Awang Din, 73, berkata apabila pengurangan hutang itu mula dilaksanakan, ia sekurang-kurangnya memberi wang lebih kepada peneroka untuk dibelanjakan khususnya dalam situasi getir ekonomi akibat pandemik COVID-19.
"Jika berdasarkan perkiraan kasar yang dibuat, peneroka akan memperoleh lebihan wang sekurang-kurangnya RM250 sebulan yang sudah pastinya boleh membantu kami dalam urusan belanja dapur," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Awang yang bergelar peneroka pada tahun 1972 berkata inisiatif itu juga boleh disifatkan sebagai 'penghargaan' kepada generasi pertama peneroka yang telah berpuluh tahun mengusahakan tanaman sawit sehingga menjadi komoditi penting kepada negara.
Pada sambutan Hari Peneroka Felda 2021 yang berlangsung secara dalam talian 7 Julai lepas, Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan secara dasarnya bersetuju melupuskan sebahagian hutang pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
Sementara itu, generasi kedua Felda Chini 3 di Pekan, Hasjikiman Othman, 37, berpandangan pihak terlibat perlu memberi penjelasan terperinci mengenai cara pengiraan pelupusan hutang itu supaya peneroka juga dapat mencongak dan seterusnya membuat perkiraan pendapatan yang diterima mereka.
Katanya, ia perlu dilakukan secara kaedah bersemuka atau jika tidak, mesyuarat dalam cara yang boleh disertai peneroka bagi membolehkan mereka bertanya kepada wakil Felda jika ada perkara tidak difahami dalam bahasa mudah.
"Kami berharap pengumuman pelupusan hutang itu membantu meningkatkan pendapatan generasi kedua dan ketiga, apabila kami tidak perlu menanggung hutang orang tua kami yang sudah lama... malah ada antaranya yang sudah meninggal dunia," katanya.
Ketua Peneroka Felda Selancar 3 di Rompin Kordi Hussin, 65, berkata penyelarasan yang diberikan munasabah dan tidak membebankan golongan peneroka menyebabkan rata-rata peneroka memberi reaksi positif mengenai inisiatif itu.
Beliau berkata terdapat sekitar 365 peneroka di Felda Selancar 3 dan daripada jumlah itu, 115 peneroka telah menyatakan persetujuan untuk menerima penyelarasan tersebut setakat ini.
"Sebagai contoh, ada pengurangan yang melibatkan hutang pengurusan ladang berjumlah lebih RM100,000 yang selepas penyelarasan, bakinya sekitar RM73,000. Jumlah yang berkurangan agak besar dan sudah pasti ia meringankan beban peneroka," katanya.
Kordin juga berpandangan Felda perlu mempergiatkan penerangan mengenai inisiatif itu supaya lebih ramai peneroka menerima manfaatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Pelupusa hutang itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peneroka dalam situasi harga buah sawit tidak menentu sekarang ini. - Bernama
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda salur RM5 juta bantu peneroka terkesan banjir
Peruntukan itu meliputi perancangan menaik taraf 80 PPS yang mampu menampung 27,000 mangsa di 26 rancangan berisiko tinggi dilanda banjir.
Peneroka berpeluang jana pendapatan lebih baik menerusi Felda MADANI
Program Felda MADANI akan membantu para peneroka Felda untuk mempunyai peluang menjana pendapatan yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
Pembinaan pusat hemodialisis di Felda bantu peneroka jimat kos rawatan
Kemudahan itu membantu meringankan beban kewangan ditanggung setiap kali mendapatkan rawatan di hospital yang terletak jauh dari tanah rancangan.
Penstrukturan semula kewangan FELDA, beri manfaat besar kepada peneroka
Langkah kerajaan menstruktur semula pinjaman FELDA mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu, sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka.
Felda perkenal inisiatif Waqaf Tandan Sawit, sasar kutipan RM19.2 juta setahun
Felda melalui Waqaf Felda memperkenalkan inisiatif Wakaf Tandan Sawit bagi membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi wakaf ini.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.