awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemadam cadang bina rumah transit bagi bekas penagih wanita

Bernama
Bernama
14/01/2025
21:30 MYT
Pemadam cadang bina rumah transit bagi bekas penagih wanita
Jamelah berkata, perkara itu akan diberi perhatian serius memandangkan terdapat beberapa bekas penagih dadah wanita disisihkan oleh ahli keluarga dan masyarakat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berhasrat untuk membina rumah transit bagi bekas penagih dadah wanita dalam usaha memberi perlindungan dan pengetahuan kepada golongan tersebut.
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Pemadam, Datuk Jamelah A. Bakar berkata, perkara itu akan diberi perhatian serius memandangkan terdapat beberapa bekas penagih dadah wanita disisihkan oleh ahli keluarga dan masyarakat.
"Kita (Pemadam) ingin membina rumah transit itu kerana mereka tiada hala tuju dan tempat untuk berteduh.
"Di rumah transit itu, kita akan beri pendidikan dan pengetahuan seperti kelas jahitan. Kita akan beri nafas baharu buat golongan tersebut untuk berdikari serta memberi jasa kepada negara," katanya kepada Bernama pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-49 Pemadam di ibu pejabatnya, di sini, pada Selasa.
Pada majlis itu, Pemadam turut meraikan 30 orang anak yatim dari Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah, Selangor.
Mengulas lanjut mengenai isu dadah, Pengerusi Biro Media dan Promosi Pemadam, Hashim Anang berkata, persatuan itu menjadi pelengkap kepada usaha agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terutama dalam memberi pendedahan dan pencegahan berkaitan dadah kepada rakyat.
"Kita tidak boleh biarkan AADK sahaja memberi penerangan dan pencegahan. Kita (Pemadam) dan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan bantu agensi itu untuk menyebarluaskan ilmu berkaitan pencegahan dadah seawal peringkat sekolah.
"Kita mementingkan pencegahan dari peringkat awal memandangkan terlalu banyak isu melibatkan ahli keluarga sejak akhir-akhir ini. Kerajaan juga perlu menitikberatkan perkara ini agar tidak terus menular," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemadam
#bina rumah transit
#penagih wanita
#Jamelah A Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan