awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain dram Blues Gang meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2023
10:46 MYT
Pemain dram Blues Gang meninggal dunia
Difahamkan Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis, tetapi dimasukkan ke hospital setelah terjatuh ketika keluar daripada kereta dan berada dalam keadaan koma sejak dua hari lalu. - Gambar/ Sinar Harian
PEMAIN dram yang juga pengasas bersama kumpulan Blues Gang, Shaikh Karim meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari, pada Isnin.
Berita duka itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Blues Gang Official.
Allahyarham yang berusia 69 tahun telah lama bergelut dengan masalah kesihatan.
“Pemain dram band blues legenda ini telah lama bergelut masalah kesihatan tetapi masih memberi komitmen tinggi setiap kali Blues Gang ada persembahan,” tulis wakil laman itu menerusi ruangan kapsyen.
Difahamkan Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis, tetapi dimasukkan ke hospital setelah terjatuh ketika keluar daripada kereta dan berada dalam keadaan koma sejak dua hari lalu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Bukit Indah, Ampang.
Selain Karim dan Ito, Blues Gang kini turut dianggotai Ghani (keyboard) dan Julian Mokhtar (gitar).
Seorang lagi pengasas Blues Gang dan pemain bass, Jim Mandasamy meninggal dunia pada 2018.
Topic Berkaitan
#Blues Gang
#Shaikh Karim
#meninggal dunia
#pemain dram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan