awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan

Bernama
Bernama
20/10/2024
21:30 MYT
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Tan berkata mereka tidak boleh hanya memfokuskan kepada produk sendiri dalam usaha mempromosikan kepelbagaian dan keunikan negeri berkenaan. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata mereka tidak boleh hanya memfokuskan kepada produk sendiri dalam usaha mempromosikan kepelbagaian dan keunikan negeri berkenaan.
"Di Kampung JKIN Extreme Park (lokasi aktiviti lasak dan sukan all-terrain vehicle (ATV) ini misalnya, pemilik tempat ini boleh menyediakan gulai kuning dan menguar-uarkannya kepada pelanggan bahawa ia adalah antara identiti Negeri Sembilan.
"Selain itu pemain industri juga boleh menyelitkan permainan gasing Negeri Sembilan dan Dam Harimau dalam pakej pelancongan mereka," katanya dalam ucapan yang dibacakan Pegawai Penyelidik Syafiq Mehaga pada program 'Media Teghojah Nismilan' yang disertai kira-kira 30 pengamal media di sini pada Ahad.
Tan berkata kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada pemain industri di samping merapatkan hubungan mereka dengan agensi kerajaan.
Beliau berkata terdapat beberapa lokasi yang sesuai untuk dijadikan trek permotoran lasak di hutan seperti di Jelebu dan Kuala Pilah sekali gus boleh memperbanyakkan lagi lokasi pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri itu.
Beliau berkata terdapat lebih 200 produk pelancongan menarik ditawarkan kepada pengunjung di Negeri Sembilan termasuk bangunan warisan, makanan, agropelancongan dan pelancongan sukan atau aktiviti lasak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#industri pelancongan
#Nicole Tan Lee Koon
#sembilan identiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan