KUALA LUMPUR: Aksi Liga Premier melibatkan Kuching City FC (KCFC) dan Sarawak United FC (SUFC) pada malam ini dan esok terpaksa ditunda ke tarikh lain susulan beberapa pemain dan pegawai kedua-dua pasukan didapati positif COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata ujian RT-PCR ke atas pemain dan pegawai kedua-dua pasukan mendapati beberapa pemain dan pegawai terbabit dikesan positif.
"Seorang pemain SUFC telah didapati positif COVID-19 setelah 14 pegawai dan 22 pemain SUFC menjalani saringan RT-PCR pada Khamis lepas sebelum perjalanan ke Sarawak.
"Situasi yang sama dialami KCFC, tiga pegawai dan tiga pemainnya telah didapati positif COVID-19 setelah semua pegawai dan pemain menjalani saringan RTK pagi tadi sebelum menjalani saringan RT-PCR kedua untuk pengesahan. Mereka yang bebas COVID-19 dan juga dijangkiti telah dikuarantin," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Mengikut jadual asal, KCFC akan menanti kunjungan TFC II di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak petang ini manakala SUFC berdepan Perak FC II malam esok di venue yang sama.
Beliau berkata tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kelak, dan berharap supaya semua pemain dan pegawai pasukan terus meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard bagi menjaga gelembung sukan demi kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tiga perlawanan terpaksa ditunda minggu ini termasuk aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman FC dengan Penang FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah yang dijadual malam ini selepas dua pemain tuan rumah disahkan positif COVID-19 menerusi ujian PCR pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Seorang pemain SUFC telah didapati positif COVID-19 setelah 14 pegawai dan 22 pemain SUFC menjalani saringan RT-PCR pada Khamis lepas sebelum perjalanan ke Sarawak. - Gambar hiasan
Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
Windows 11 benarkan pengguna kawal aplikasi boleh guna AI
Antara ciri yang menarik adalah Recall di mana ia mengingati semua aktiviti pengguna termasuk aplikasi dan fail.
Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar.
Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Projek Air Perak-Pulau Pinang.
Guru tadika pukul murid didakwa esok
Polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak tersebut pada 4.49 petang, 13 Mei lepas, yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan, dipercayai berlaku di tadika.
EAIC terima 176 aduan salah laku tahun ini, kebanyakan babit Jabatan Imigresen
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 176 aduan berkaitan salah laku tahun ini dengan kebanyakan libatkan Jabatan Imigresen.
Arab Saudi dijangka terima pulangan besar
Arab Saudi dijangka akan memperoleh purata 10 hingga 15 bilion dolar Amerika Syarikat hasil daripada musim Haji tahun ini.
Eksport negara ASEAN ke Amerika Syarikat dahului China
Eksport melibatkan negara-negara ASEAN ke Amerika Syarikat dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini mengatasi jumlah eksport ke China.
MIDA sasar rangsang persekitaran ekonomi mampan, berdaya tahan
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasar untuk merangsang persekitaran ekonomi yang teguh, mampan dan berdaya tahan bagi menarik dan mengekalkan pelaburan yang besar untuk memacu Malaysia berkembang lebih maju pada masa depan.
Edisi pertama panduan praktikal modal teroka, ekuiti swasta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan edisi pertama ‘Panduan Praktikal untuk Modal Teroka (VC) dan Ekuiti Swasta (PE) di Malaysia.'
Liga-M: Stadium Sultan Muhammad IV penuhi syarat MFL jadi gelanggang 'keramat'
Antara kemudahan yang dibaik pulih adalah lampu limpah lama telah ditukar baru dan memasang kerusi sebanyak 6,728 unit untuk penonton.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Piala Sumbangsih: MFL tolak permohonan Selangor FC, jamin keselamatan dipertingkat
MFL berkata Polis Johor telah mengerahkan 1,500 anggota untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat.
Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
Perlis United diarah penuhi syarat tambahan sertai Liga Super 2024-2025
MFL mengumumkan bahawa PUFC diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa yang bersyarat bagi mengisi slot ke-14 untuk menyertai Liga Super 2024-2025.
MFL minta maklumat tambahan dari Kedah
Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat.
Perlis United bakal beraksi di Liga Super?
Kerajaan Perlis memberikan sokongan kepada sebuah kelab bola sepak tempatan, Perlis United FC bagi mengisi slot negeri itu dalam Liga Super 2024-2025.
Enam pemain import atas padang rugikan pemain tempatan - Razman
Razman berkata walaupun keputusan MFL ada impak positif namun ia bakal menyukarkan pemain tempatan memburu slot kesebelasan utama.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Tukar rumput demi Harimau Malaya
Katanya, penukaran rumput bukan sahaja bawa kesan positif kepada Liga Malaysia tetapi juga bakal lahirkan pemain berkualiti Harimau Malaya.