awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula 1 Ogos - Ismail Sabri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/07/2020
06:37 MYT
Pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula 1 Ogos - Ismail Sabri
Keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat. -Reuters
Pemakaian pelitup muka akan diwajibkan bermula 1 Ogos di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan.
“Kadar pematuhan SOP di kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di dalam pengangkutan awam termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dilihat tidak dipatuhi.
“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan awam yang sesak,” katanya ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai pematuhan SOP di premis makanan yang kini juga dilihat seolah-olah tidak mengendahkan pematuhan SOP seperti yang telah ditetapkan pihak kerajaan.
“Terdapat premis makanan yang tidak endahkan pematuhan SOP seperti penjarakan meja meskipun kerajaan telah memberi kelonggaran.
“Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis termasuk pengunjung yang gagal mematuhi SOP sama ada kompaun, tindakan mahkamah, atau penutupan kedai,” katanya lagi.
Tegas Ismail Sabri, kesemua keputusan tersebut mengambil kira keadaan perkembangan COVID-19 di negara dengan terdapat pertambahan kluster-kluster baharu termasuk dan juga peningkatan kes serta nasihat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Ismail Sabri
#KKM
#pelitup muka
#penjarakan sosial
#PKPP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan