awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas ekspres didakwa sebabkan kematian seorang penumpang

Bernama
Bernama
07/12/2017
03:22 MYT
Pemandu bas ekspres didakwa sebabkan kematian seorang penumpang
Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes itu selesai.
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penumpang semalam.
Tertuduh N. Shasikumar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.
Shasikumar didakwa memandu kenderaan tersebut di jalan raya secara melulu sehingga menyebabkan kematian Chan Kwai Fah, 43, di KM 294.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Kampar kira-kira jam 5.45 pagi, semalam.
Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Oon Kork Chern manakala tertuduh diwakili Nurafiqah Abd Aziz daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Terdahulu, Oon menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nurafiqah memohon agar jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan menyara empat orang anak manakala isterinya tidak bekerja.
Nur Faizah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes itu selesai.
Mahkamah menetapkan 28 Dis ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#Kampar
#kemalangan
#kematian
#Mahkamah Majistret
#N Shasikumar
#pemandu
#Pertuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan