BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth, awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata, pemandu kenderaan jenis BMW berusia 46 tahun itu ditahan selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.
Menurut Siti Nor Salawati, hasil siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku apabila kereta BMW yang dipandu lelaki terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan jenis Myvi dinaiki dua guru.
“Kenderaan jenis BMW dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan yang datang dari arah Sungai Lokan, Butterworth menghala ke arah Kepala Batas manakala pemandu dan penumpang kereta jenis Myvi pula datang dari arah Kepala Batas menghala ke arah Sungai Lokan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu BMW dipercayai telah hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta Myvi yang berada di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemandu dan penumpang Myvi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu BMW tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan
“Hasil ujian pernafasan ke atas pemandu terbabit mendapati paras kandungan alkohol melebihi paras yang dibenarkan,” tambahnya.
Pemandu tersebut kini direman di Mahkamah Butterworth bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes tersebut diminta untuk menyalurkan maklumat tersebut dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Ahmad Hafizi Mohamad di talian 011-26967676.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Dec 16 2023
hasil siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku apabila kereta BMW yang dipandu lelaki terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan. - Foto JBPM
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth.
Kemalangan dua kereta tular: Polis rakam percakapan pemandu BMW
Polis minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil beri keterangan.