KOTA KINABALU: Seorang pemandu kenderaan Gred H11 Jabatan Tanah dan Ukur Kudat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu atas tuduhan meminta rasuah daripada seorang pemohon lanjutan tempoh pajakan tanah.
Tertuduh, Ali Hashin Nasip didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 5 dan 19 September 2020 dengan meminta suapan daripada Chong Fah Shin berjumlah RM15,000 di dua tempat berlainan.
Ali Hashin meminta rasuah dengan tujuan untuk mempercepatkan kelulusan permohonan lanjutan tempoh pajakan tanah milik lelaki tersebut.
Ali Hasnin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibaca oleh pegawai pendakwa SPRM Norsham Saharom di hadapan hakim Abu Bakar Manat.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam diarah membayar wang ikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan oleh Abu Bakar.
Kes dibicara di bawah Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.
Mahkamah menetapkan semula tarikh perbicaraan pada 28 November 2022.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Oct 18 2022
Tertuduh yang tidak diwakili peguam diarah membayar wang ikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan oleh Abu Bakar.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Pemandu Jabatan Tanah dan Ukur Kudat mengaku tidak bersalah minta rasuah
Tertuduh, Ali Hashin Nasip didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 5 dan 19 September 2020 dengan meminta suapan daripada Chong Fah Shin berjumlah RM15,000 di dua tempat berlainan.