Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik di Tasik Bera

[TB]_Pemandu jengkaut lemas_SINAR
Keadaan jengkaut yang terbalik ketika melakukan kerja pembersihan di Tasik Bera. - Gambar JBPM Pahang
Advertisement

KUANTAN: Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera dikendalikannya terbalik ketika kerja pembersihan di Tasik Bera, Bera petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.10 petang.

Beliau berkata mangsa dikenal pasti sebagai Alief Daniel Haqim Abdullah, 26, manakala seorang lagi pekerja Muhammad Aiman Fikri Mohd Azhar, 28, berjaya menyelamatkan diri.

"Berdasarkan maklumat diterima, terdapat dua pekerja ketika kejadian. Seorang berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi terperangkap di dalam jentera terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata mayat mangsa ditemukan terperangkap di dalam kabin jentera sebelum berjaya dikeluarkan pada 4.10 petang.

“Mangsa tidak sedarkan diri ketika dibawa naik ke darat sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi,” katanya. 

Zulkiflee berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement