awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2023
01:40 MYT
Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam
Lori yang ditinggalkan oleh seorang lelaki dipercayai warga asing ketika ditahan anggota JPJ berdekatan Bulatan Batu Caves, dekat Gombak, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Seorang lelaki dipercayai warga asing bertindak nekad melarikan diri ketika lori dipandunya ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur berhampiran bulatan Batu Caves dekat sini pada Selasa.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.
"Lelaki terbabit memandu lori membawa batu dipercayai lebih muatan sebelum ditahan kira-kira jam 2 petang.
"Suspek bertindak memberhentikan lori terbabit di kawasan sesak di bulatan tersebut sebelum melarikan diri ke kawasan kedai berhampiran," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Katanya, pemeriksaan dijalankan mendapati lesen kenderaan motor (LKM) lori terbabit telah tamat tempoh.
"Lori tunda kemudiannya datang untuk menarik lori terbabit bagaimanapun pemandu lori tunda memberi alasan tidak mahu terlibat dalam kejadian.
"Keadaan lalu lintas sesak lebih kurang dua jam sebelum lori tunda yang lain datang untuk menarik lori tersebut ke Pejabat JPJ Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1986 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#warga asing
#Sekatan JPJ
#Batu Caves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan