MALAYSIA
Pemandu lori direman lima hari, disyaki rogol kanak-kanak 12 tahun

Mangsa dipercayai mengenali suspek melalui aplikasi media sosial sebelum dua pertemuan berlaku, termasuk insiden serangan seksual. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori berusia 22 tahun telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu lori berusia 22 tahun direman bagi siasatan kes rogol melibatkan kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.
- Mangsa dipercayai mengenali suspek melalui aplikasi media sosial sebelum dua pertemuan berlaku, termasuk insiden serangan seksual.
- Mangsa memaklumkan kejadian kepada keluarga dan telah menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim selepas laporan dibuat.
Menurut beliau, mangsa yang masih bersekolah dipercayai mengenali suspek melalui aplikasi media sosial pada 24 September lalu.
Mereka bertemu buat kali pertama pada 29 September, di mana suspek didakwa telah meraba mangsa.
Suspek yang masih bujang kemudian mengajak mangsa bertemu sekali lagi sekitar jam 8.30 malam tadi, sebelum didakwa membawa mangsa ke belakang sebuah rumah di Kampung Bakar Kapor dan merogolnya.
Mangsa pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya, sebelum laporan polis dibuat.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami