KOTA BHARU: Seorang pemandu lori berusia 42 tahun ditahan bersama rokok seludup bernilai RM2.28 juta di jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Pasir Tumboh di sini pada Rabu.
Suspek yang berasal dari Melaka itu ditahan pada jam 9.20 malam semasa sedang memandu sebuah lori jenis Nissan membawa 165,550 batang rokok putih.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas risikan semasa Op Kontraban Pantai Timur anggota Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan sebuah lori.
"Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai 208 kotak besar dipercayai mengandungi rokok yang tidak bercukai.
"Tangkapan juga telah dibuat terhadap pemandu lori berkenaan dan kemudiannya dibawa ke Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, turut dirampas ialah wang tunai RM800 dan dua telefon bimbit.
Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Muhamad Zaki berkata, walaupun negara dalam fasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) polis menerusi Op Wawasan akan memperketatkan penugasan di sempadan bagi memastikan kawalan berada pada tahap terbaik.
"Kami juga akan memperhebatkan lagi operasi membanteras sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai serta lain-lain barangan menerusi Op Kontraban terutamanya di seluruh negeri Pantai Timur," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 11 2022

Seorang pemandu lori berusia 42 tahun ditahan bersama rokok seludup bernilai RM2.28 juta di jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Rabu. -Foto Sinar Harian

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

Pantau Kerajaan Baharu | Harga barang turun, pendapatan rakyat naik?

Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Rasuah | Kakitangan hospital direman terima suapan urus jenazah
Seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di Temerloh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00 bagi mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah daripada ejen-ejen pengurus jenazah.

Peguam Negara | Pengganti Tan Sri Idrus Harun masih dibincangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malumkan perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
![[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands [TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008558/35293274881675849832030_640x360.jpg)
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands
Enam disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah van yang terbabas ke sisi jalan di KM 4.8 jalan turun Genting Highlands pada Rabu.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta
Polis merampas sebanyak 143,950 karton rokok tidak bercukai bernilai RM10,864,000 dari sebuah stor di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh dekat sini, semalam.

Rokok seludup lebih RM1.8 juta dirampas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan membongkar kegiatan penyeludupan melibatkan 2.46 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM1.8 juta termasuk cukai dalam serbuan di Kampung Pulai, pada Ahad.

Kastam gagalkan penyeludupan rokok di Pelabuhan Johor
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mengesan taktik baharu sindiket penyeludupan rokok yang menggunakan kontena diubah suai susulan rampasan rokok putih bernilai RM428,000.

APMM gagalkan cubaan seludup rokok kretek di Perairan Batu Pahat
Rokok itu dibawa menggunakan sebuah bot pancung dan bot itu dikesan bot ronda APMM pada 1 pagi.

Kastam Sabah rampas rokok, minuman keras lebih RM1.14 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Sabah menahan empat kontena berisi rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.14 juta disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara ini dalam dua kes berasingan.

Polis rampas rokok seludup lebih RM20,000 di Gong Badak
Polis merampas 563 karton rokok seludup pelbagai jenama yang dianggar bernilai RM23,000 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Desa Pusu Tiga, Gong Badak, awal pagi semalam.

Lelaki Bangladesh pandu lawan arus, lari sekatan polis
Siasatan mendapati pemandu berusia 25 tahun itu dipercayai berperanan sebagai transporter.

Pemandu lori ditahan bersama rokok seludup RM2.28 juta
Suspek yang berasal dari Melaka itu ditahan pada jam 9.20 malam semasa sedang memandu sebuah lori jenis Nissan membawa 165,550 batang rokok putih.

Rokok seludup bernilai RM318,056 dirampas dalam serbuan di rumah usang
Kegiatan itu dikesan ketika anggota ATB 2 menerusi Tim Quick Reaction Force (QRF) membuat rondaan Op Bentang Bersama di kawasan Kampung Batu 3.

Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup RM10 juta dari Vietnam
Rokok seludup dari Vietnam bernilai RM10 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.