SINGAPURA: Beberapa pemandu lori kargo Malaysia dan pengiring masing-masing mula menerima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura hari ini.
"Saya dan seorang rakan adalah antara lebih 20 pemandu lori kargo yang tiba di kemudahan vaksinasi Sungei Kadut pagi ini untuk menerima suntikan dos pertama kami," kata Mohd Osman Yazed ketika dihubungi Bernama.
Mohd Osman, 33, berkata beliau telah menerima panggilan dan teks Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) minggu lepas dari pihak berkuasa Singapura yang berkaitan untuk menetapkan janji temu pada Sabtu untuk menerima dos pertama vaksin Pfizer BioNTech.
Beliau kemudian segera memaklumkan majikannya mengenai perkara itu dan persediaan telah dilakukan untuk membolehkan dia dan rakannya memasuki negara itu pada tarikh ditetapkan.
"Saya tiba di kemudahan vaksinasi di sini pada kira-kira 10 pagi dari pusat pemeriksaan darat Woodlands. Proses itu telah berjalan dengan lancar.
"Sejurus menerima suntikan itu, saya telah diminta berehat selama kira-kira 30 minit untuk pemerhatian.
"Saya rasa sedikit lenguh di kawasan suntikan. Itu sahaja. Yang lain baik-baik sahaja," katanya sambil menambah bahawa janji temu bagi suntikan dos kedua ialah pada 10 April depan.
Berasal dari Baling, Kedah, Mohd Osman berkata beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat sebuah lagi kemudahan yang diwujudkan di Joo Koon di sini untuk pemandu lori kargo yang memasuki Singapura dari pusat pemeriksaan darat Tuas.
Sementara itu, rakannya Mohammad Huzaimi Zainal Abidin, 23, berkata beliau sanggup menerima suntikan itu kerana perlu memasuki republik tersebut hampir dua kali sehari untuk menghantar barang.
"Ia demi kebaikan kesihatan saya juga," kata Mohammad Huzaimi, pemandu lori kontena 40 kaki yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.
Ditanya jumlah pemandu lori kargo yang berada di kemudahan vaksinasi itu pagi ini, Mohammad Huzaimi berkata beliau tidak pasti namun mereka dilihat datang ke kemudahan tersebut semasa dia ingin meninggalkan tempat berkenaan.
Menerusi aplikasi Kumpulan WhatsApp 'Lori Precast,' beberapa pemandu lori dilihat berkongsi notifikasi SMS yang mereka terima daripada pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka telah terpilih bagi program vaksinasi itu.
Ada yang janji temu mereka ditetapkan minggu depan.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada 8 Mac menyatakan bahawa vaksinasi COVID-19 akan ditawarkan kemudian pada bulan ini kepada pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki Singapura dari Malaysia secara tetap.
Langkah itu bertujuan meminimumkan risiko jangkitan daripada pekerja yang terlibat dalam pembekalan barangan asas ke Singapura, menurut kementerian tersebut.
Pada 18 Mac lepas, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu menyatakan bahawa pemandu lori kargo Malaysia dan pengiring masing-masing yang telah menerima kedua-dua suntikan dos akan diberikan sijil imunisasi.
Menurut kementerian itu, mereka akan dikecualikan daripada ujian semasa ketibaan (OAT) harian selama 14 hari daripada tarikh pengambilan dos kedua.
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba pula berkata terdapat antara 3,000 hingga 4,000 petugas penghantaran yang memasuki Singapura secara harian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021
Beberapa pemandu lori kargo Malaysia dan pengiring masing-masing mula menerima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Pemandu lori kargo Malaysia mula terima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura
Beberapa pemandu lori kargo Malaysia dan pengiring masing-masing mula menerima suntikan vaksin COVID-19 di Singapura hari ini.
Vaksin COVID-19: Pemandu lori kargo Malaysia terima sijil imunisasi selepas disuntik di Singapura
Perakuan bahawa mereka telah selesai menjalani proses vaksinasi juga akan dihantar menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).