awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat

Bernama
Bernama
06/11/2024
07:24 MYT
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Tertuduh juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuannya berusia 15 tahun, bulan lepas.
Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dan memerintahkan hukuman penjara dari tarikh penangkapannya pada 26 Okt lepas.
Tertuduh juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman mereka di Sentul pada 10.45 malam, 1 Okt lepas mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesan trauma yang dialami mangsa.
"Jenayah seksual ialah kesalahan serius kerana ia merupakan pencabulan hak mangsa. Mohon mahkamah menjatuhkan hukum setimpal bagi mencegah dan mengekang jenayah seksual," katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan terhadapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#amang seksual
#anak kandung
#hukuman penjara dan sebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan