PASIR GUDANG: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Sri Wangi 1/5, Kawasan Perindustrian Desa Plentong di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohd Lis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.52 petang dan setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah lori jenis Daihatsu tiga tan telah ditimpa sebatang pokok pada ketinggian 20 kaki.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai R. Nasarudin Abd Kadir berusia 40-an tersepit di tempat duduk pemandu dan PKO bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji rantai dan peralatan khas untuk mengeluarkannya.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang membawa barangan kimpalan sedang melintasi jalan tersebut dan secara tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempap lori (itu) yang sedang bergerak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Sufian mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).
Katanya dua jentera dari BBP Johor Jaya dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian dan operasi ditamatkan pada 3.53 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI). - Gambar hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.
Pemandu maut lori terjunam dalam lubang jalan mendap
Nahas pada jam 8.55 malam itu melibatkan mangsa, Muhammad Farhan Dagang, yang beralamat di Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Temui ajal ketika cuba bantu mangsa kemalangan
Niat murni seorang pemandu lori membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di LPT2.
Pemandu lori maut nahas, ditimbus pasir
Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok kelapa sawit di situ.
Lori paip, lori papan bertembung, seorang pemandu maut
Pemandu lori papan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori paip cedera ringan.
Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu lori kontena maut dirempuh lori tangki
Nahas menyebabkan pemandu lori kontena Ibrahim Md Zali meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Usaha selamatkan pemandu lori pasir ambil masa hampir 12 jam
Rosnani akhirnya berjaya dikeluarkan jam 8.11 malam, tetapi dia yang yang ditemukan tertimbus dengan pasir disahkan meninggal dunia.