awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori mengaku tidak bersalah sebabkan kematian remaja

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2025
09:05 MYT
Pemandu lori mengaku tidak bersalah sebabkan kematian remaja
Yazit Mohd Haspani @ Aspani, dibawa ke Mahkamah Majistret Jelebu.
JELEBU: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Jalan Besar Palong 16 pada 18 Ogos lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang pemandu lori, Yazit Mohd Haspani @ Aspani, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian remaja lelaki berusia 18 tahun di Jalan Besar Palong 16 pada 18 Ogos.
  • Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 September 2025.Tertuduh (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian remaja lelaki di Jalan Besar Palong 16 pada 18 Ogos lalu.

Tertuduh, Yazit Mohd Haspani @ Aspani, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mengikut pertuduhan, Yazit sebagai pemandu lori jenis Isuzu didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian mangsa dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib, memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 memandangkan kes membabitkan kehilangan nyawa.
Bagaimanapun, tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tanggungan keluarga dan pendapatan terhad.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan memerintahkan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 September 2025. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kemalangan lori
#lori rempuh motosikal
#Jelebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan