awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Nilai tujuh pemain warisan 'hangus' sekelip mata
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori positif dadah dituduh di mahkamah hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/09/2021
02:17 MYT
Pemandu lori positif dadah dituduh di mahkamah hari ini
Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta, pada pagi ini.
KUALA LUMPUR: Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta, pada pagi ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, lelaki berusia 25 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ini kerana tertuduh memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Pada 6 September lalu dalam kejadian jam 2.40 petang itu, lori yang dipandu laju lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua Perodua Myvi dan masing-masing Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL yang berhenti di lampu isyarat merah.
BACA: Pemandu lori rempuh lima kenderaan positif dadah
Nahas itu mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi cedera ringan
Lelaki itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin hasil ujian saringan air kencing.
Topic Berkaitan
#Sarifudin Mohd Salleh
#pemandu lori
#Dadah
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan