awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, dua parah bas terjunam ke dalam gaung

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2014
13:23 MYT
Pemandu maut, dua parah bas terjunam ke dalam gaung
Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gua Tempurung dekat Kampar.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki.
Mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres, Hasmil Arshad, 43 dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap manakala dua mangsa yang cedera adalah penumpang masing-masing seorang lelaki, Mong Ming Chai, 48 dan seorang wanita yang dikenali sebagai Farahzela, 26.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan.
Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.
Siasatan awal polis mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.
Polis difahamkan, ketika kejadian, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.
bas kemalangan
Kemalangan bas
Topic Berkaitan
#bas
#gaung
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan