awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, kenderaan 4X4 rempuh treler

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/01/2022
00:00 MYT
Pemandu maut, kenderaan 4X4 rempuh treler
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
SITIAWAN: Seorang pemandu maut apabila kenderaan pacuan empat roda (4X4) merempuh belakang sebuah treler hadapan sebuah bank di Pantai Remis, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an disahkan maut di tempat kejadian.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 1.51 pagi.
“Nahas melibatkan sebuah Toyota Hilux telah melanggar bahagian belakang sebuah treler yang berada di parkir tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Amir Hamid tamat jam 2.25 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#maut
#pacuan empat roda
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan