MALAYSIA
Pemandu maut, pacuan empat roda terbabas langgar tembok di Manjung

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda dalam kemalangan di Manjung. - Foto JBPM Perak
MANJUNG: Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terbabas lalu melanggar tembok di jalan menghala ke Kampung Bintang, dekat sini, awal pagi ini.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut dalam kemalangan awal pagi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terbabas dan melanggar tembok di jalan menuju Kampung Bintang.
- Pasukan bomba bertindak segera di dua lokasi berasingan, termasuk insiden pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta di jalan lama ke Tol Behrang; dua mangsa terselamat tanpa kecederaan.
- Operasi dijalankan mengikut prosedur SAVER, melibatkan pemantauan lokasi, pengesahan kematian oleh KKM dan kerja pemotongan pokok menggunakan gergaji rantai.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Hilux telah terbabas dan melanggar tembok. Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan 'size-up' seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota membuat pemantauan di sekitar lokasi dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan jam 5.16 pagi.
Dalam perkembangan lain, Shazlean berkata, dua mangsa terselamat selepas kereta yang mereka naik dihempap sebatang pokok tumbang di jalan lama menghala ke Tol Behrang, dekat Tanjung Malim, pagi ini.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.40 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Persona dan terdapat dua mangsa tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.
Menurutnya, ketua operasi melaksanakan 'size-up' seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja pemotongan menggunakan gergaji rantai dan mangsa telah berjaya keluar sendiri.
Operasi yang membabitkan lapan anggota dari BBP Tanjung Malim tamat jam 6.28 pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami