awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan dakwaan kanak-kanak lelaki dianiaya di sebuah taska
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian bapa
Sekurang-kurangnya 15 negeri AS, Washington DC isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, tiga cedera ambulans terbabas di Kluang

Bernama
Bernama
09/12/2025
12:40 MYT
Pemandu maut, tiga cedera ambulans terbabas di Kluang
Seorang pemandu ambulans maut manakala dua jururawat dan seorang pesakit cedera apabila kenderaan itu terbabas di KM59.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini. - Foto JBPM/via Sinar Harian
KLUANG: Seorang pemandu ambulans maut manakala dua jururawat dan seorang pesakit cedera apabila kenderaan itu terbabas di KM59.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Pegawai Bomba Kanan II M Nasir A Shah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.30 tengah hari dan enam anggota berserta sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Hasil pemantauan (mendapati) pemandu dan penumpang di bahagian hadapan telah tercampak keluar daripada ambulans manakala dua lagi mangsa berada di bahagian belakang namun tidak tersepit.
"Pasukan keluaran operasi (PKO) bomba bertindak mengeluarkan dan mengalihkan mangsa ke kawasan selamat sebelum menyerahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut di hospital," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya mangsa yang meninggal dunia berusia 43 tahun dan kes diserahkan kepada pihak polis sebelum operasi ditamatkan pada 2.24 petang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Semua mangsa telah dihantar ke hospital di Kluang (Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom) dan siasatan serta maklumat lanjut berkaitan kejadian tersebut akan kita maklumkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kluang
#PLUS arah selatan
#pemandu ambulans
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan