awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, treler dipercayai rempuh belakang van

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/09/2024
01:10 MYT
Pemandu maut, treler dipercayai rempuh belakang van
Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat tersepit di antara treler dan van tersebut. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki maut selepas treler yang dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah van di Kilometer 286.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Simpang Pulai, di sini, awal pagi ini
Pemandu yang dikenali Mohammad Marinoor Chik, 60, itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pegawai perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.41 pagi.
Menurutnya, sebagai menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang lelaki yang tersepit di bahagian hadapan sebuah treler.
“Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat tersepit di antara treler dan van tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
Mangsa disahkan maut oleh Pegawai Perubatan KKM dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat pada jam 2.30 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#treler
#van
#Mohammad Marinoor Chik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan