Pemandu, penumpang MPV maut kemalangan dengan lori buah

Kemalangan di Kilometer 141.5 Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat R&R Juru malam tadi melibatkan MPV Toyota Estima dan lori membawa muatan buah, dengan dua mangsa MPV tersepit manakala pemandu lori tidak cedera. - Foto JBPM Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori bermuatan buah di Kilometer 141.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mereka ialah Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, serta Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31.
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.22 malam.
"Kemalangan melibatkan MPV Toyota Estima dan lori membawa muatan buah, dengan dua mangsa MPV tersepit manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada 11.56 malam oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan menggunakan peralatan khas.
Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


