KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah semalam mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 antaranya membabitkan sektor pengangkutan, rekreasi dan industri kreatif.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata mulai 16 Sept, semua pemandu dan petugas pengangkutan awam seperti bas henti-henti dan bas sekolah, teksi serta perkhidmatan e-hailing hendaklah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Semua penumpang juga hendaklah lengkap divaksin dan berisiko rendah COVID-19 pada aplikasi MySejahtera... bas henti-henti dan bas sekolah dibenarkan dengan 50 peratus penumpang manakala teksi dan perkhidmatan e-hailing dibenarkan dengan maksimum dua orang termasuk pemandu.
"Semua perkhidmatan pengangkutan awam ini melibatkan daerah yang sama adalah dari 5 pagi hingga 10 malam dengan pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan itu serta pemakaian pelitup muka," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
BACA: Pemandu, pembantu, penumpang kenderaan awam perlu lengkap divaksinasi - Masidi
Beliau berkata Institut Latihan Pemanduan kenderaan bermotor dibenarkan beroperasi secara janji temu dengan ujian pemanduan untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan bermotor dibenarkan mulai 17 Sept.
"Semua pekerja, tenaga pengajar dan calon hendaklah telah lengkap divaksin manakala syarikat pengendali hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja 80 peratus," katanya.
Masidi juga berkata mereka yang lengkap divaksin dibenar melakukan aktiviti rekreasi air seperti renang, kayak, selam skuba, selam snorkel, berjalan di dasar laut, meluncur jet dan seumpamanya secara individu dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal.
Beliau berkata penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dibenarkan dengan kehadiran penonton yang lengkap divaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio agensi dan syarikat penyiaran sahaja.
Katanya penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio serta busking di luar atau di dalam premis juga persembahan di ruang istirahat hotel dibenarkan bagi mereka yang telah lengkap divaksin.
"Setakat 9 Sept, sebanyak 49.5 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan vaksin COVID-19 dan 65.8 peratus lagi telah memperoleh satu dos vaksin," katanya.
Masidi juga berkata Sabah semalam mencatat 2,246 kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 169,983 dan 3,059 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 144,289 orang manakala 4,967 lagi sedang menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Mulai 16 Sept, semua pemandu dan petugas pengangkutan awam hendaklah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
Keputusan untuk tumpukan pada GRS demi kepentingan Sabah, Malaysia - Masidi
Masidi berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada PRU15 adalah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
DUN Sabah: Tambahan RM68 juta bantu empat teras KKTP
Pertambahan peruntukan RM68.92 juta kepada RM204.03 juta bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Belanjawan Sabah 2023.