awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan sahkan kes pertama ASF selepas dua bulan, 20,000 babi dilupuskan
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi dipukul pemandu kereta sapu di KL Sentral disyaki berebut pelanggan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/02/2019
10:28 MYT
Pemandu teksi dipukul pemandu kereta sapu di KL Sentral disyaki berebut pelanggan
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid (gambar) berkata kejadian berlaku pada jam 11 pagi ketika mangsa yang berusia 53 tahun sedang menunggu pelanggan di situ. - Gambar fail
Seorang pemandu teksi eksekutif cedera selepas dipukul seorang lelaki yang dipercayai seorang pemandu kereta sapu di KL Sentral, ibu negara pada Sabtu.
Difahamkan mangsa dipukul kerana suspek tidak berpuas hati dengan pemandu teksi eksekutif itu yang dikatakan mendapat penumpang yang terdiri daripada pelancong untuk ke Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata kejadian berlaku pada jam 11 pagi ketika mangsa yang berusia 53 tahun sedang menunggu pelanggan di situ.
“Mangsa telah didatangi seorang lelaki yang dikenalinya berumur lingkungan 33 tahun terus menyerang mangsa sehingga berlaku pergaduhan di situ.
“Mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki dan orang ramai yang berada di situ telah meleraikan pergaduhan tersebut.
“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum membuat laporan di pondok polis pusat perubatan itu, pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Sehubungan itu, Ruslan berkata suspek telah ditahan dan kes berkenaan masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian sama ada urusan peribadi atau berebut pelanggan.
Kes disiasat di bawah kesalahan gaduh gempar bersekali dengan kesalahan mendatangkan cedera iaitu Seksyen 160/323 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#cedera
#ditumbuk
#Kereta Sapu
#KL Sentral
#pemandu teksi
#polis
#Ruslan Khalid
#tidak puas hati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan