awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan

Bernama
Bernama
21/11/2024
03:55 MYT
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Kanak-kanak berkenaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut. - Gambar/ JBPM
MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Bukit Gambir, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam nahas kira-kira 2.40 petang itu, pemandu treler berkenaan dipercayai terlelap sebelum hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya.
"Pada masa sama, telah datang sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki lapan sekeluarga merempuh sisi kanan hadapan treler terbabit.
"Akibat pelanggaran itu, kanak-kanak berkenaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini
Raiz Mukhliz berkata pemandu treler itu yang mengalami cedera ringan kemudian ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dilakukan hari ini di Mahkamah Majistret Muar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Kanak-kanak
#PLUS
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan