awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu van pelancong maut selepas 10 hari bertarung nyawa

Sinar Harian
Sinar Harian
22/03/2024
03:40 MYT
Pemandu van pelancong maut selepas 10 hari bertarung nyawa
Kemalangan yang dilaporkan berlaku di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau, pada 11 Mac lalu. - Foto Sinar Harian
SEMPORNA: Seorang pemandu van pelancong maut selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Tawau akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau, pada 11 Mac lalu.
Lelaki tempatan tersebut disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang Khamis dan merupakan mangsa ketiga yang maut dalam nahas berkenaan.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Farhan Lee Abdullah memaklumkan insiden tersebut melibatkan treler, van pelancong dan sebuah lori.
Menurutnya, kemalangan berlaku disebabkan treler yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan van pelancong.
"Akibat kejadian itu dua pelancong masing-masing warga Singapura dan Vietnam dilaporkan meninggal dunia manakala pemandu dan empat lagi cedera parah dihantar ke Hospital Tawau.
"Bagaimanapun, pemandu van tersebut meninggal dunia semalam (Khamis) manakala empat lagi penumpang dibenarkan keluar (hospital) serta dihantar pulang semula ke Singapura." katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Farhan berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan pemandu treler turut ditahan untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan imtidak lebih daripada RM50,0000.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu van pelancong
#meninggal dunia
#Nahas
#Hospital Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan