Kebelakangan ini, kita mendengar banyak kes kemalangan meragut nyawa yang dikaitkan dengan pemandu mabuk yang dilaporkan media massa.

Sudah tentu ramai ahli keluarga mangsa yang terkesan dan menderita akibat kehilangan nyawa insan tersayang hanya disebabkan kecuaian pemandu yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan memandu dalam keadaan mabuk.

Kata kunci ‘pemandu mabuk’ juga sering dilihat di media sosial akibat daripada luahan rasa kekecewaan netizen yang beranggapan bahawa masih ada segelintir individu yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan kerajaan.

Bukan itu saja, tanda pagar #PemanduMabukMembunuh juga mula trending di media sosial baru-baru ini dengan rata-rata netizen meluahkan rasa geram, sedih, kecewa dan marah terhadap pemandu mabuk yang sewenang-wenangnya tidak mengendahkan peraturan jalan raya.



Malah, tanda pagar itu juga turut digunakan netizen sebagai petisyen untuk menggesa kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang keselamatan jalan raya dan meningkatkan hukuman berat terhadap pemandu mabuk yang cuai kerana memandu dalam keadaan mabuk.



Lebih keras, ada juga yang berpendapat bahawa pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk juga sewajarnya 'digelar' sebagai pembunuh.



BACA: Lagi pemandu mabuk: Lelaki pergi ke kedai parah dirempuh

BACA: Pekerja kontrak maut dirempuh pemandu mabuk


BACA: 455 individu ditahan memandu dalam keadaan mabuk - Polis KL