KUALA LUMPUR: Pemansuhan permit import (AP) bagi bahan makanan secara tidak langsung akan dapat menghapuskan aktiviti kartel di Malaysia, kata pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku seolah-olah lambakan penawaran di pasaran, namun itu bukan sesuatu yang negatif memandangkan ia sememangnya apa yang diperlukan bagi menampung permintaan daripada pengguna.
"Inilah yang diperlukan di pasaran hari ini bagi mengelakkan peniaga-peniaga yang menggunakan pasar borong ataupun rantaian pembekal memanipulasikan harga kerana mereka mempunyai kuasa monopoli kerana mereka beroperasi dalam kartel.
"Jadi ini sebenarnya satu cara untuk menghapuskan aktiviti kartel di Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama.
Barjoyai berkata keputusan kerajaan untuk memansuhkan AP bahan makanan merupakan satu langkah yang strategik dalam jangka pendek, namun ia perlu disusuli dengan langkah yang lebih konkrit dalam jangka panjang dan sederhana.
Ini kerana katanya, kesan daripada aktiviti pengimportan akan menyebabkan penyusutan kepada nilai ringgit yang pada akhirnya akan mengakibatkan peningkatan semula pada harga barang.
Bagi mengatasi masalah itu, Barjoyai berkata antara inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan melakukan program penggantian import.
"Kita perlu segera memulakan projek perintis misalnya menanam sayur, kita boleh menggalakkan penggunaan ayam kampung kerana ia juga tidak memerlukan pengimportan barang makanan misalnya.
"Untuk jangka masa panjang kita perlu menekankan kepada konsep keselamatan makanan di mana kita perlu mempunyai matlamat untuk mempunyai industri pertanian yang membekalkan barangan makanan yang cukup untuk keperluan asas seperti beras, minyak masak, sayuran, buah-buahan dan protein.
"Kalau ini dapat dilakukan, dalam jangka panjang kita akan dapat menyelesaikan masalah ini kerana hari ini tekanan harga kebanyakannya adalah terhadap barang makanan asas," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan kerajaan memansuhkan keperluan AP bagi bahan makanan secara serta merta bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata langkah kerajaan menghapuskan AP ini adalah bertepatan dengan situasi semasa.
Selain dapat membantu untuk mempermudahkan pengimportan barang ke dalam negara dan mengurangkan monopoli, beliau berkata ia juga mempertingkatkan peluang untuk rakyat Malaysia memulakan perniagaan.
Beliau berkata, dalam masa yang sama kerajaan juga perlu melaksanakan dasar yang drastik untuk mengurangkan dengan signifikan pengimportan barangan dari luar negara.
"Selagi kita masih bergantung kepada barangan import, selagi itu masalah tak selesai sekiranya krisis makanan di peringkat global berlaku. Saya bagi contoh gandum, ada negara yang meningkat lebih 40 peratus pengimportan gandum.
"Sebab India telah menghentikan pengeksportan gandum, banyak negara yang bergantung kepada India telah pergi ke negara lain macam Australia yang Malaysia dapatkan bekalan.
Yang kedua nilai mata wang negara ketika ini berada dalam keadaan lemah. Jadi kecenderungan untuk harga gandum ini naik dengan signifikan amat berpotensi.
"Sebab kita import dari luar negara, sebab itulah situasi ini berlaku. Jadi semua barang yang melibatkan tepung gandum akan naik harga sebab harga gandum naik," katanya.
Justeru katanya, antara inisiatif segera yang boleh dilakukan kerajaan adalah dengan menggalakkan rakyat untuk menanam pelbagai jenis sayur-sayuran secara besar-besaran yang boleh mendatangkan hasil dalam masa yang singkat.
"Bila berlaku krisis makanan yang meruncing, maka stok barangan makanan di Malaysia sekurang-kurangnya kita ada sayur itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Pemansuhan AP bagi bahan makanan secara tidak langsung akan dapat menghapuskan aktiviti kartel di Malaysia, kata pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai. -Gambar fail/Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pemansuhan AP akan dapat hapus aktiviti kartel - Pakar ekonomi
Bagi mengatasi masalah itu, Barjoyai berkata antara inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan melakukan program penggantian import.
Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.