awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemansuhan PT3: Guru perlu diberi sokongan - Teach For Malaysia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/06/2022
10:58 MYT
Pemansuhan PT3: Guru perlu diberi sokongan - Teach For Malaysia
Guru perlu diberi sokongan untuk melakukan pentaksiran bilik darjah dengan lebih berkesan susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Guru perlu diberi sokongan untuk melakukan pentaksiran bilik darjah dengan lebih berkesan susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini.
Ketua Latihan dan Sokongan, Teach For Malaysia, Jessica Lim berkata, langkah itu bagi memastikan pentaksiran yang adil dan bermanfaat untuk pelajar.
Selain itu katanya, pelajar perlu diberi peluang untuk mengenal pasti kecenderungan minat mereka tanpa terhad kepada satu aliran sahaja.
Selain menguasai subjek pembelajaran, pelajar juga perlu dipastikan mempunyai keberanian untuk bertanya soalan kepada guru, dan bersikap sanggup belajar dari kegagalan.
"Saya rasa kalau guru-guru di sekolah boleh menilai tahap minat pelajar yang intangible ini , ini akan memanfaatkan murid.
"Kita juga boleh mengumpul data dari hasil kerja murid sepanjang tahun persekolahan. Sekarang ada pentaksiran bilik darjah, di mana guru-guru akan kumpul hasil kerja pelajar selama setahun untuk dimasukkan ke dalam portfolio.
"Saya percaya guru juga perlu diberi sokongan untuk menjalankan pentaksiran bilik darjah dengan lebih efektif dan kalau boleh, ia boleh dijalankan dengan lebih adil dan bermanfaat untuk murid kita," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memansuhkan PT3 bermula tahun ini dan memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan melaksanakan Pentaksiran Sumatif melalui ujian akhir tahun.
BACA : PT3 dimansuhkan mulai tahun ini - Radzi Jidin
Beliau bagaimanapun mengakui peperiksaan ada kebaikannya, namun ia hanya menguji tahap pengetahuan murid dari segi fakta sama ada seseorang itu mampu menghafal atau tidak.
Peperiksaan tidak berkesan dalam menguji kemahiran yang lebih penting pada masa kini iaitu kemahiran menyelesaikan masalah.
"Kami sentiasa mendengar guru-guru terkejar-kejar dengan silibus sehingga tiada masa mengajar apa yang diperlukan murid.
"Namun apa yang tertanya-tanya sekarang apakah yang akan menggantikan PT3? Sebab ia masih kurang jelas dalam pengumuman oleh KPM," ujarnya lagi
Topic Berkaitan
#PT3
#Jessica Lim
#Teach for Malaysia
#guru
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan