MAJLIS Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022 yang julung kalinya diadakan di negara ini akan disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 18 Januari 2023.
AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) selaras dengan peranannya sebagai peneraju utama pembudayaan dan penerapan nilai-nilai integriti serta tata kelola di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Usaha ini juga adalah selari dengan mandat baharu yang diberikan kepada IIM oleh kerajaan untuk memantapkan kualiti dan prestasi tata kelola sektor awam serta swasta di Malaysia.
Selain itu, AIGA merupakan satu anugerah yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam serta swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti serta tata kelola terbaik dalam organisasi masing-masing.
Di samping itu, ia mewujudkan ruang untuk mencungkil keupayaan, kemampuan, komitmen dan kesungguhan sektor awam serta swasta dalam usaha pelaksanaan sistem kawalan dalaman pengurusan integriti.
Sejarah AIGA sebenarnya bermula sejak tahun 2020. Pada tahun tersebut, penganjuran AIGA secara rintis oleh IIM dengan kerjasama Yayasan Pahang (YP) telah diadakan di peringkat negeri Pahang sahaja. Penganjuran AIGA peringkat negeri Pahang telah meraih penyertaan sebanyak empat puluh satu (41) organisasi kerajaan dan swasta di seluruh negeri tersebut.
Susulan kejayaan projek rintis AIGA 2020 peringkat negeri Pahang, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM telah mengusulkan supaya AIGA dikembangkan penganjurannya ke peringkat kebangsaan.
Sejumlah 143 pendaftaran penyertaan AIGA 2022 telah diterima daripada pelbagai organisasi oleh IIM. Dari jumlah berkenaan, sebanyak 115 organisasi yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat multinasional (MNC), syarikat awam berhad (PLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah berjaya meneruskan penyertaan sehingga ke peringkat penilaian.
Penilaian AIGA 2022 adalah berdasarkan:
• MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System;
• MS ISO 9001:2015 Quality Management System;
• ISO 37000:2021 Governance of Organizations – Guidance;
• ISO 37002:2022 Whistleblowing Management System;
• Garis Panduan Tatacara Mencukupi (Di bawah Subseksyen (5) Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009); dan
• Malaysian Code on Corporate Governance (2017).
Justeru, AIGA adalah merupakan platform terbaik di negara ini bagi organisasi awam dan swasta untuk menilai tahap pelaksanaan serta keberkesanan sistem pengurusan integriti dan program-program integriti serta antirasuah dalam organisasi masing-masing, dan seterusnya dapat memantapkan tata kelola terbaik. Tambahan pula, proses penilaian dibuat oleh pihak ketiga yang merupakan individu-individu berpengalaman dan berpengetahuan berkaitan integriti, tata kelola baik serta antirasuah yang mewakili sektor awam, sektor swasta dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selari dengan konsep penambahbaikan berterusan terhadap penganjuran AIGA yang akan dilaksanakan secara tahunan, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah menzahirkan komitmen dan hasrat kepada IIM untuk turut bekerjasama dalam penganjuran AIGA 2023 yang bakal dibuka pendaftarannya pada 18 Januari 2023 ini.
Adalah diharapkan agar penyertaan bagi AIGA 2023 dapat menarik minat lebih banyak lagi organisasi dari sektor awam dan swasta dalam usaha memantapkan tata kelola terbaik serta integriti organisasi masing-masing, dan seterusnya dapat mencegah jenayah rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa daripada berleluasa, seperti yang ditekankan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kebajikan rakyat dan negara demi kebajikan rakyat dan negara.
* Wan Suraya Wan Mohd Radzi adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kenyataan Media
Sun Jan 15 2023

AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS, rakan lain - PM Anwar
Malaysia perlu mengimbangkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) serta negara lain, dan pada masa sama menggalas amanah kepengerusian ASEAN untuk memacu pertumbuhan serantau.
![[KOLUMNIS] Hari Pekerja: Aspirasi dan inspirasi dalam konteks reformasi perkhidmatan awam, patriotisme progresif [KOLUMNIS] Hari Pekerja: Aspirasi dan inspirasi dalam konteks reformasi perkhidmatan awam, patriotisme progresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51746031168_HariPekerja.jpg)
[KOLUMNIS] Hari Pekerja: Aspirasi dan inspirasi dalam konteks reformasi perkhidmatan awam, patriotisme progresif
1 MEI setiap tahun bukan hanya hari untuk menyambut mereka yang bekerja, tetapi saat untuk kita menilai semula erti sebenar kerja dalam perkhidmatan kepada negara.
Amerika Syarikat sokong Israel halang bantuan kemanusian ke Gaza
Amerika Syarikat, sekutu utama Israel dan penyedia senjata terbesar, membentangkan hujahnya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
Netanyahu dikecam, disuruh bersara sewaktu berucap
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bukan sahaja menerima tekanan global akibat kekejamannya terhadap rakyat Palestin, tetapi juga daripada penduduk Israel sendiri.
Letupan di pelabuhan bandar Abbas bukan akibat sabotaj
Iran pada Rabu menolak dakwaan letupan besar di Pelabuhan Kontena di Bandar Abbas bukan disebabkan sabotaj.
Remaja 16 tahun ditahan, disyaki terlibat dalam insiden tembakan di Uppsala,Sweden
Menurut Ketua Polis kawasan Uppsala, Erik Akerlund, suspek merupakan antara beberapa individu yang disoal siasat sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Pendekatan kolektif ASEAN penting untuk lindungi kepentingan serantau - PM
Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia turut membawa suara kolektif rantau ini, khususnya membuka ruang rundingan buat semua negara anggota.
'Political fatigue' kian membelenggu rakyat Amerika Syarikat
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Aira Azhari, ini merupakan satu petunjuk jelas berlakunya fenomena 'Political fatigue' atau kelesuan politik dalam kalangan rakyat di negara itu.
Kemenangan UMNO bukti pengundi tolak naratif Islam, Melayu terancam – Asyraf Wajdi
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang berpihak kepada UMNO membuktikan parti itu menerima peningkatan sokongan pengundi daripada kaum Melayu, pelbagai kaum, serta anak muda.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat menolak politik perkauman, kebencian, maki hamun, dan persepsi seolah-olah Melayu dan Islam terancam.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat menolak politik perkauman, kebencian, maki hamun, dan persepsi seolah-olah Melayu dan Islam terancam.
Bekas pekerja gudang ditahan curi cip bernilai RM120,000
Polis menahan bekas pekerja gudang kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen cip jenis PMU0123 bernilai RM120,000 milik sebuah syarikat elektronik multinasional yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang.

WEF24: Akses teknologi AI harus inklusif kepada semua negara
Meskipun AI berpotensi menyelesaikan cabaran global, namun ia juga berisiko melebarkan lagi jurang digital sedia ada dan mungkin mewujudkan kesenjangan baharu.

Pemantapan tata kelola organisasi melalui AIGA
AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).