SEREMBAN: Usaha memartabatkan sejarah tempatan memerlukan dasar pendidikan yang jelas supaya dapat dihayati generasi akan datang, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Beliau berkata pengiktirafan untuk lebih ramai ilmuan sejarah dan arkeologi juga amat penting dalam pemuliharaan warisan sejarah dan budaya bangsa di negara ini supaya ia terus diperkasa.
"Ini bermakna kita harus menambah biasiswa dan latihan bagi menarik minat pelajar dalam bidang tersebut, apabila kepakaran bertambah dalam dua bidang ini, barulah corak pendidikan melalui sejarah akan meningkat.
"Pengabaian subjek sejarah dan arkeologi amat bahaya bagi generasi akan datang jika pengajaran sejarah itu berbaur prasangka atau prejudis," katanya ketika berucap pada Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan bertemakan 'Perkembangan Pensejarahan Negeri Sembilan'.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rais yang memberi contoh Negeri Sembilan berkata pemahaman mengenai Adat Perpatih dan susur-galur adat itu amat penting dijelaskan dalam pendidikan.
Katanya kebijaksanaan, keindahan hidup tradisi di negeri Adat Perpatih itu harus dipupuk semula dengan peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertuan Besar, Ketua-Ketua Adat serta kerajaan negeri.
"Kalau tidak diperkasakan daripada sekarang, dalam satu dekad masyarakat tidak kenal apa itu adat dan mereka akan mula mempersoalkan kedudukan adat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim (dua, kanan) bergambar bersama replika kapal Perancis Superbe yang dipamerkan pada Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar hari ini. - Foto BERNAMA
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Pemartabatan sejarah perlu dasar pendidikan jelas - Rais Yatim
Usaha memartabatkan sejarah tempatan memerlukan dasar pendidikan yang jelas supaya dapat dihayati generasi akan datang, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.